fbpx
Mohamad mempengerusikan mesyuarat pada Mesyuarat Menteri Luar Asean sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan GCC, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. - Foto SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

ASEAN: Malaysia seru guna pendekatan kolektif tangani cabaran global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN menyeru blok serantau untuk mengaplikasi pendekatan kolektif bagi menangani cabaran global isu tarif Amerika Syarikat (AS) yang dilihat memberi kesan kepada Asia Tenggara.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, susulan itu, blok serantau perlu merebut peluang memperdalam integrasi ekonomi serantau bagi memastikan terlindung daripada kejutan luaran.

“Perang perdagangan antara AS dan China secara dramatik mengganggu corak pengeluaran dan perdagangan global yang mana kelesuan ekonomi global dijangka berlaku.

“Kita juga berhadapan dengan kesan perubahan iklim yang semakin pantas serta gangguan teknologi.

“Di seluruh dunia, suhu dan paras laut meningkat, dan kecerdasan buatan berkembang lebih cepat daripada tindak balas kebanyakan kerajaan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Mesyuarat Menteri Luar ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini tadi.

Mohamad berkata, pada masa sama, negara
rendah di rantau ini turut terdedah kepada kenaikan paras laut selain iklim panas menyebabkan kejadian cuaca ekstrem.

“Rakyat kita yang menikmati kadar penembusan internet yang tinggi, juga terdedah kepada penggunaan teknologi seperti AI yang berniat jahat dan tidak dikawal.

“Jadi, dengan penuh rasa tanggungjawab, saya menyeru agar kita semua menangani cabaran-cabaran mendatang secara kolektif.

“Kita mesti memainkan peranan aktif dalam menghadapi pergolakan pada tahun-tahun akan datang,” katanya. – KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI