PETALING JAYA – Seorang wanita yang sedang asyik menyanyikan lagu galau di dalam keretanya terkejut apabila tiba-tiba dua lelaki sedang bergaduh di belakang kenderaannya sehingga mencuri perhatian ramai.
Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Izzii, wanita itu kelihatan tenang melantunkan lagu tersebut namun terhenti secara tiba-tiba apabila menyedari kejadian pergaduhan berlaku di belakang keretanya.
“Bila kau tengah layan lagu galau, tiba-tiba kecoh orang bertumbuk di belakang,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan babak spontan itu dan tidak ketinggalan meninggalkan komen berseloroh.
“Diorang tengah rakam muzik video lagu yang akak nyanyi tu,” usik @Ehcheqlan.
“Akak bayar berapa semua extra tu masuk muzik video ni?” komen @Deedym pula.
“Dia buka pintu lepastu tanya kenapa. Orang tak jawab, tutup pintu sambung nyanyi. Mudah,” seloroh @Ct_a154x4.
Setakat ini, video berkenaan telah meraih lebih 400,000 tontonan di TikTok – KOSMO! ONLINE
@izzi891 Tgh2 layan lagu,org ribut bertumbuk d blkg kereta ku sampai bergegar kereta sbb trhempas badan dorg🥴 #lebihindahberpisah #galau #fyp #sabahantiktokers @Bella Astillah ♬ original sound – Izzii