fbpx

Universiti Harvard bantah keputusan halang pelajar asing lanjut pelajaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Universiti Harvard.

PETALING JAYA – Universiti Harvard membantah keputusan persekutuan Amerika Syarikat tidak membenarkan pelajar asing sambung belajar di institusi tersebut pada tahun hadapan.

Presiden Harvard, Alan M. Garber, menyifatkan tindakan kerajaannya itu sebagai satu bentuk balas dendam terhadap pendirian tegas universiti itu dalam mempertahankan kebebasan akademiknya.

Menurut beliau, kerajaannya turut membatalkan pensijilan universiti itu di bawah Program Pelawat Pelajar dan Pertukaran (SEVP) sekali gus melucutkan kuasanya untuk menaja visa kepada pelajar dan sarjana antarabangsa bagi tahun berikutnya.

“Kami mengecam tindakan yang menyalahi undang-undang dan tidak wajar ini kerana ia membahayakan masa depan beribu-ribu pelajar dan sarjana di seluruh universiti ini.

“Walau bagaimanapun, tindakan yang berfungsi sebagai amaran kepada pelajar di daerah lain di seluruh negara ini, turut dapat menyekat niat mereka yang datang untuk melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Garber turut berkata, pihaknya telah memfailkan aduan di mahkamah dan akan mengemukakan usul untuk perintah sekatan sementara dalam usaha mendapatkan remedi undang-undang bagi membatalkan keputusan itu.

“Tindakan ini berpunca daripada kegagalan Universiti Harvard untuk mematuhi permintaan maklumat daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS, namun hakikatnya kami telah memberikan jawapan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang,” jelasnya.

Universiti Harvard turut memberi jaminan bahawa mereka akan melakukan segala yang termampu untuk menyokong pelajar dan sarjana antarabangsa yang terjejas.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump membatalkan hak pengambilan pelajar asing oleh Universiti Harvard dalam dekri yang berisiko mengancam masa depan beribu-ribu pelajar, manakala China mengecam langkah tersebut.

Keputusan pentadbiran Amerika Syarikat pada Khamis lepas itu memberikan tamparan kewangan kepada Harvard. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI