fbpx

Umur 20-an macam 40-an pun ada, kadang terlebih ‘makeup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hantaran Public Health Malaysia (PHM) sekali lagi menjadi tumpuan pengguna Facebook apabila pihak pengendali akaun tersebut membuat pembetulan dengan mengatakan terdapat sebahagian individu berusia lingkungan 20-an kelihatan 20 tahun lebih tua dari usia mereka.

Terdahulu, PHM berkongsi pandangan mengatakan kebanyakan wajah serta fizikal individu berusia antara 20 hingga 50 tahun sering dilihat seolah-olah 10 tahun jauh lebih muda dari usia asal.

Bagaimanapun, bagi mereka yang dalam kelompok 20-an, kebanyakannya sering dianggap lebih dewasa oleh orang di sekeliling.

“Zaman sekarang, 50 tahun ‘is the new’ 40-an. 40 tahun pula nampak 30-an, 30-an nampak macam 20-an dan 20-an pula nampak macam 30-an,” kongsi PHM.

Hantaran tersebut mendapat 577 komen dan lebih 4,900 tanda suka oleh netizen yang berkongsi pelbagai pandangan.

“20-an nampak macam 30 tahun sebab kadang terlebih ‘make up’ nampak tua,” perli Saddam Hamzam.

“Betul tu, memang dah terbalik-terbalik sekarang. Ramai umur 50 masih cergas, bergaya dan sihat macam umur 40. Umur 40 pula makin ramai nampak muda sebab jaga kesihatan, ‘skincare’ dan gaya hidup.

“Umur 30 pun ramai yang nampak macam 20-an sebab aktif dan moden, tapi umur 20 ada yang nampak macam 30 sebab tekanan hidup, kerja tak berhenti, dan kurang rehat. Zaman berubah, penampilan pun ikut gaya hidup, bukan semata-mata nombor pada IC,” kata Azman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI