fbpx

UMNO tidak tamak, hormati kuota jawatan menteri PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID ketika berucap pada Majlis Pelancaran Eastern International TVET Pahang di Pusat Komersial Bandar Gambang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – UMNO tidak begitu tamak untuk memohon dua jawatan menteri dalam Kabinet sekiranya jawatan tersebut dikosongkan berikutan kekalahan dua menteri dalam pemilihan PKR sebelum ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatan terbabit merupakan kuota untuk PKR.

“Itu adalah kuota untuk mereka, jadi saya tidak fikir UMNO begitu tamak untuk memohon jawatan itu diberikan kepada UMNO.

“Kita bersyukur kerana kita ada tujuh orang menteri UMNO berada dalam barisan Jemaah Menteri sekarang,”katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Eastern International TVET Pahang yang berlangsung di Pusat Komersial Bandar Gambang, di sini hari ini.

Tambahnya yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri, UMNO tidak seharusnya campur tangan dalam urusan parti lain.

“Dan tentunya Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) akan melakukan sesuatu yang terbaik agar kerajaan yang sedia ada dan anggota Jemaah Menteri dapat bergerak terus seiring sejalan untuk menentukan pengukuhan kerajaan Madani ini,”katanya.

Dalam pada itu mengulas sekiranya jawatan itu diberikan kepada UMNO, beliau berkata parti itu bersedia untuk menerima sekiranya parti terbabit mahu jawatan itu diberikan kepada UMNO.

“Itu hak mereka, kita tidak boleh campur tangan, kita tahu batas-batas permintaan kita tetapi kalau jawatan itu mahu diberikan kepada UMNO, kita menadahkan sebuah padang bola untuk menerima tawaran itu.

“Lain padang, lain belalang. Padang kita adalah padang UMNO dan BN. Maka kita tidak perlu melihat padang di tempat lain,”katanya.

Beliau dalam pada itu turut merakamkan ucapan tahniah kepada Nurul Izzah Anwar atas kejayaan memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR menumpaskan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang menjawat jawatan itu sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI