fbpx

Suami rajin buat kerja rumah, isteri pula dilabel ‘lembu hidup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dalam satu perkongsian tular di Facebook, seorang wanita berkongsi kisah suaminya yang rajin membantu melakukan kerja rumah, namun mentua pula melabelnya sebagai ‘lembu hidup’ atau isteri pemalas.

Kisah tersebut dikongsi Lisz menerusi kumpulan Facebook, Luahan Hati Seorang Isteri, di mana dia memuji kesungguhan suaminya yang secara sukarela menawarkan diri untuk membantu membasuh pakaian, memasak, malah menjaga anak-anak tanpa disuruh.

Bagaimanapun, kata wanita itu situasi tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan keluarga mentuanya sehingga mereka mempertikaikan peranannya sebagai isteri.

“Suami yang tak berkira bab kerja rumah. Dia bantu saya dalam segala hal sebab kami sama-sama bekerja dan saya pula terikat dengan jadual kerja berjadual.

“Tapi apa yang keluarga mentua nampak saya sebagai lembu hidup, semua biar suami. Saya pernah kena marah depan anak-anak bila ibu mentua kata isteri jenis apa, tahu beranak sahaja,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai golongan isteri turut meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah kata-kata semangat kepada wanita itu.

“Hanya kita suami isteri sahaja tahu apa rumah tangga kita lalui. Bila ada campur tangan mentua dan adik beradik yang lain, termasuk laa mak ayah sendiri, akan banyak mudarat dari kebaikan,” kata Aliya.

“Cerita pada suami apa puan rasa, tanya pandangan dari suami apa yang perlu anda berdua buat agar tiada salah faham berlaku. Suasana toksik begini akan rosakkan rumah tangga sahaja,” pesan Halim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI