JAKARTA – Penyanyi kumpulan heavy metal, Tahlilan Band mengundang perhatian ramai apabila melakukan persembahan sambil memakai kostum pocong, lapor portal berita Jatim Times.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @tahlilanofficialband memaparkan beberapa kru mengusung vokalis lelaki terbabit ke atas pentas.
Vokalis itu dibalut kain kafan penuh dengan cat merah untuk kelihatan seperti darah.
Selepas dibaringkan di pentas, dia kemudian berdiri tegak dan merenung tajam ke arah penonton sebelum menyanyi.
Rakaman itu mencatatkan lebih 4.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Baru bangun sudah minta mikrofon,” kata netizen. – AGENSI