fbpx

Perhilitan selamatkan tapir 320 kg jatuh lubang kumbahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Perhilitan sedang mengeluarkan seekor tapi seberat 320 kg yang terjatuh ke dalam lubang kumbahan di Kampung Kijing, Marang semalam.

MARANG – Seekor tapir seberat 320 kilogram (kg) tercedera akibat terjatuh ke dalam sebuah lubang kumbahan di Kampung Kijing, di sini semalam.

Haiwan dilindungi berusia kira-kira 13 tahun itu bernasib baik diselamatkan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada pukul 12 tengah hari.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, sepasukan anggota agensinya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung insiden tersebut pada pukul 8.30 pagi.

“Tapir betina terbabit didapati terperangkap di dalam lubang kumbahan berkenaan.

“Kerja-kerja penyelamatan dengan mengangkatnya naik dilakukan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kean Seong berkata, pemeriksaan mendapati tapir tersebut hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau berkata, haiwan liar itu telah dirawat sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI