fbpx

Nenek mabuk cinta rugi RM677,000 diperdaya skim pelaburan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terjebak dengan ‘cinta maya’ dengan lelaki tidak dikenali, seorang pesara sektor perbankan terperdaya dengan skim pelaburan kasino palsu sehingga kerugian RM677,146.

Wanita berusia 64 tahun itu yang disedarkan penipuan tersebut oleh anak dan menantunya telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada pukul 8.08 pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, wanita warga emas tersebut mula berkenalan dengan lelaki berkenaan apabila dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp pada 9 Februari lalu.

“Mangsa mengaku menjalin hubungan cinta alam maya sebelum menerima pelawaan lelaki terbabit untuk menyertai skim pelaburan kasino yang kononnya berpengkalan di Singapura.

“Dia kemudiannya membuat pelaburan menggunakan wang simpanannya di akaun tetap dan simpanan serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, wang pelaburan berjumlah keseluruhan RM677,146 itu dipindahkan pesara terbabit ke dalam beberapa akaun bank diberi ‘teman lelakinya’.

Beliau berkata, wanita warga emas tersebut bagaimanapun mula curiga apabila tidak memperolehi sebarang keuntungan dijanjikan.

“Mangsa mengadu kepada anak dan menantunya sebelum dimaklumkan dia mungkin sudah menjadi mangsa penipuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI