fbpx

Mesyuarat SOM tekan kepentingan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 – Amran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amran ketika mempengerusikan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN (SOM) pagi tadi. - Foto WISMA PUTRA

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN (SOM) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin pagi tadi antara lain memberi tumpuan usaha memperkukuh gerak kerja ASEAN sepanjang tahun ini.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, mesyuarat itu sebagai persiapan kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2, dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang akan diadakan pada 26-27 Mei 2025.

“Perbincangan menekankan kepentingan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 sebagai detik penting untuk memajukan Visi Komuniti ASEAN 2045 yang bertujuan membentuk ASEAN yang berdaya tahan, inovatif dan berorientasikan rakyat.

“Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan Sidang Kemuncak Ekonomi ASEAN-GCC-China juga dilihat sebagai satu platform penting untuk memperkukuh hubungan luar ASEAN, khususnya dalam bidang tenaga, perdagangan, pelaburan dan pembangunan mampan,” kata kenyataan itu

Dalam kenyataan sama, Wisma Putra memaklumkan Pegawai-pegawai Kanan SOM ASEAN dan Timor-Leste turut bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan perkara-perkara berkepentingan bersama.

“Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk usaha pembinaan Komuniti ASEAN, pelaksanaan Visi Komuniti ASEAN 2045, hubungan luar ASEAN, kemajuan Timor-Leste ke arah keanggotaan penuh ASEAN serta Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI