fbpx

Melaka tunggu arahan KKM haram penjualan vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIS (dua, kanan) bersama Ngwe Hee Sem di Program Jelajah WRUR Peringkat DUN Sungai Udang sempena Sambutan Hari Tibi Sedunia 2025, di Sungai Udang, Melaka hari ini.FOTO - AMRAN ALI/KOSMO!

MELAKA – Melaka bersedia mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sekiranya menerima arahan jelas daripada Kerajaan Persekutuan serta Kementerian Kesihatan (KKM).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan melaksanakan dasar tersebut sekiranya diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Kita memang menunggu satu arahan yang tuntas daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan kerajaan negeri sendiri, jika keputusan telah dibuat untuk mengharamkan di peringkat pelaksana bersedia laksanakannya.

“kita perlukan penyelarasan dari kerajaan pusat supaya tindakan ini tidak berbeza antara negeri,” katanya ketika ditemui selepas Program Jelajah Wakil Rakyat Untuk Rakyat Peringkat DUN Sungai Udang sempena Sambutan Hari Tibi Sedunia 2025, di Sungai Udang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Rais berkata, pihaknya menyedari wujud peniaga yang berkemungkinan berselindung di sebalik lesen alatan elektronik.

“Saya percaya isu ini perlu diselesaikan dengan pendekatan menang-menang kerana ia turut melibatkan punca pendapatan sesetengah pihak, namun aspek kesihatan awam perlu diberi keutamaan terutamanya melibatkan golongan muda,”katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI