fbpx

Malaysia tubuh Pusat Pemerkasaan Ekonomi Wanita ASEAN pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Pusat Pemerkasaan Ekonomi Wanita ASEAN yang pertama akan ditubuhkan di Kuala Lumpur dalam usaha memajukan lagi golongan wanita di rantau ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, Malaysia turut menyasarkan peningkatan wanita dalam tenaga kerja kepada 63 peratus menjelang 2030.

Kata beliau, inisiatif itu selaras tema Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia iaitu Keterangkuman dan Kemampanan.

“Memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus jawatan lembaga pengarah korporat dipegang oleh wanita.

“Melipatgandakan bilangan perniagaan diketuai wanita yang memasuki pasaran eksport,” katanya pada Sidang Kemuncak Ekonomi Wanita ASEAN (AWES) 2025 yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 hari ini.

Terdahulu, Tengku Zafrul berkata, wanita membentuk kira-kira 49.9 peratus daripada populasi ASEAN iaitu sekitar 334 juta termasuk wanita di Malaysia seramai 16.2 juta.

Menurut beliau, purata penyertaan wanita dalam tenaga kerja di ASEAN hanya 48 peratus dengan hanya 27 peratus jawatan pengurusan kanan di ASEAN dipegang oleh wanita.

Ujar beliau, usahawan wanita turut menghadapi halangan akses kepada kredit yang 30 peratus lebih tinggi berbanding lelaki.

“Tinjauan Gender ASEAN 2024 memberi amaran bahawa jika perubahan iklim tidak dibendung, sehingga 160 juta wanita dan kanak-kanak perempuan di seluruh dunia termasuk di ASEAN berisiko jatuh ke dalam kemiskinan.

“Jurang ini bukan sahaja tidak adil, malah tidak masuk akal dari segi ekonomi. Malangnya, perkembangan global semasa hanya akan memburukkan lagi keadaan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI