fbpx

Malaysia tegas komitmen aspek kepelbagaian, inklusiviti pendidikan tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry

PUTRAJAYA – Malaysia akan terus menyokong pendidikan tinggi yang inklusif selain kekal komited kepada kepercayaan bahawa pendidikan tinggi mesti membolehkan individu daripada pelbagai latar belakang untuk belajar bersama.

Penegasan itu dibuat susulan kebimbangan dizahirkan komuniti pendidikan tinggi global yang melihat kepada aspek kemunduran usaha ke arah kepelbagaian, keadilan dan inklusiviti di Amerika Syarikat.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, universiti di negara ini mencerminkan komitmen melalui dasar dan kerjasama yang mengutamakan akses, kolaborasi dan rasa hormat.

Katanya, pilihan ini mencerminkan nilai-nilai kita dan membentuk masa depan yang ingin dibina.

“Malaysia akan terus menyokong pendidikan yang inklusif dan berdiri bersama institusi serta komuniti yang terkesan oleh langkah-langkah yang mengehadkan akses dan melemahkan kepbagaian.

“Kami kekal komited kepada prinsip-prinsip yang memberi pendidikan lebih makna dan capaian sejagat,” katanya dalam kenyataan di sini tadi.

Katanya, perubahan berlaku di AS telah mencabar prinsip-prinsip lama yang membolehkan universiti membina kepercayaan rentas sempadan serta mewujudkan ruang untuk pertumbuhan intelektual bersama.

“Keputusan untuk mengehadkan akses pelajar antarabangsa di Universiti Harvard mencerminkan satu trend meluas.

“Walaupun kes ini bersifat semasa dan dikenali, ia menunjukkan pengunduran yang lebih besar daripada prinsip keterangkuman dan keterbukaan dalam pendidikan tinggi.

“Isu yang lebih mendalam adalah nilai-nilai yang sedang berubah seperti dizahirkan melalui tindakan-tindakan sebegini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI