PETALING JAYA – Selepas dua bulan melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Datin Atikah Suhaime akhirnya memberanikan diri untuk memandikan sendiri puteri kesayangan, Lyla Mulan Teh.
Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd. Suhaime, 34, berkongsi momen istimewa itu menerusi satu hantaran video dalam media sosial yang memaparkan dia memandikan Mulan dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada pengasuhnya, Kak Sri.
“Pertama kali mandikan Mulan. Sudah dua bulan baru berani.
Hari ini belajar cara mandikan Mulan dari pengasuh. Dia cakap kena belajar mandikan sendiri sebab air mandi boleh rapatkan kasih ibu dan anak,” katanya menerusi satu hantaran dalam media sosial.
Dalam hantaran tersebut, pelakon asal Singapura itu memberitahu ibu kandung dan ibu mentuanya pula tidak dapat membantu dalam urusan menjaga dan memandikan bayi buat masa sekarang.
Ibu mentua sudah lupa cara-cara uruskan bayi, mama saya pula pandai jaga bayi cuma dia jauh di Singapura.
“Memang kami sekeluarga bergantung 100 peratus pada pengasuh iaitu Kak Sri. Jadi, segala hal tentang bayi (Mulan), saya belajar dari Kak Sri,” katanya.
Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada Januari 2024.
Merka dikurniakan cahaya mata perempuan pada 8 Mac lalu yang diberikan nama Lyla Mulan Teh. -KOSMO! ONLINE