fbpx

[VIDEO] Pura-pura tidur raba kaki penumpang bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK diberkas polis sejurus bas dinaikinya tiba di terminal bas Melaka Sentral, di sini, kelmarin.

MELAKA – Seorang lelaki warga Bangladesh diberkas sejurus turun dari sebuah bas selepas disyaki mencabul kehormatan penumpang wanita dengan cara berpura-pura tertidur sebelum memegang kaki mangsa yang duduk disebelahnya, kelmarin.

Suspek yang berusia 38 tahun dan bekerja sebagai tukang cuci itu diberkas selepas bas tersebut yang dari Kuala Lumpur tiba di terminal bas Melaka Sentral pada pukul 8.30 malam.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 19 tahun membuat laporan polis mendakwa suspek telah menyentuh kaki kanannya dengan sengaja ketika dia sedang tidur di dalam bas.

“Pada pukul 6.04 petang mangsa telah menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Melaka dan duduk di sebelah suspek.

“Sampai di Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Pusat Latihan Teknologi Tinggi Alor Gajah, mangsa telah melelapkan mata untuk berehat sebelum tiba-tiba mendapati suspek menyentuh kaki kanannya,” katanya, hari ini.

Tambahnya, mangsa sempat membuka kamera telefon bimbitnya untuk merakam perbuatan suspek.

“Mangsa kemudian telah menepis tangan serta memarahi suspek dan meminta supaya tidak menyentuhnya lagi tetapi lelaki tersebut mendakwa dia tertidur dan tidak menyedari perbuatannya.

“Suspek ada meminta maaf namun selepas itu dia masih melakukan perbuatan yang sama menyebabkan pengadu merasa tidak selesa serta takut dan melaporkan kejadian kepada pemandu bas,” jelasnya.

Ujarnya lagi, seorang penumpang yang lain turut menyaksikan kejadian memaklumkan suspek tidak tidur dan sengaja memegang kaki mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan laporan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksen 354 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, rakaman kejadian berdurasi 1.41 minit turut tular di laman sosial sejak semalam dan menimbulkan kemarahan orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI