fbpx

Kerjasama ASEAN, negara Teluk platform terbaik hadapi perang tarif AS-China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR berucap sempena Kongres Nasional Keadilan 2024/2025 di Pusat Konvesyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru semalam. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kerjasama antara negara ASEAN dan enam negara Teluk menerusi Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bakal menjadi platform terbaik berdepan perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika ini ketua-ketua negara tersebut sedang berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri persidangan ASEAN, hari ini dan esok.

“ASEAN kini sedang pantas berkembang dengan kemajuan ekonomi, ditambah dengan enam negara Teluk untuk mengadakan kerjasama antarabangsa.

“Kerjasama ini sekiranya berhasil akan meletakkan Malaysia dan ASEAN dalam kedudukan hebat di dunia. Ia menjadi lebih penting dalam keadaan ketegangan ekonomi antara Amerika syarikat dan China,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres Nasional PKR yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini semalam.

Tambah Ahli Parlimen Tambun itu, Malaysia sebagai sebuah negara bebas, merdeka dan berdaulat boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak.

“Dalam keadaan kita dikenakan tarif oleh Amerika Syarikat, kita perlu kekal menjalankan urusniaga dengan mereka. Apapun isu tarif atau geopolitik, syarikat antarabangsa akan terus menjalankan perniagaan dan berkembang di negara ini,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI