fbpx

Kediaman, reban burung hangus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kediaman san reban burung payuh musnah terbakar di Kampung Genting, malam tadi.

BALIK PULAU – Penduduk di dua buah rumah di Kampung Genting, di sini berdepan detik cemas apabila kediaman mereka musnah dalam satu kejadian kebakaran, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.56 malam.

Menurutnya, operasi pemadaman melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau dengan bantuan BBP Balik Pulau dan BBP Jalan Perak.

”Kebakaran melibatkan dua rumah dengan tahap kemusnahan dianggarkan sebanyak 70 peratus dan 40 peratus.

”Turut terbakar dalam kejadian itu adalah sebuah reban burung puyuh dengan anggaran kemusnahan adalah sebanyak 60 peratus dan sebuah lori satu tan jenis Suzuki yang terbakar sebanyak 40 peratus,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu dan punca kejadian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI