fbpx

Gangguan bekalan air di Johor Bahru pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK di sekitar Johor Bahru yang terjejas berkumpul mengambil bekalan air bersih susulan LRA Sungai Johor henti operasi Selasa lalu.

JOHOR BAHRU – Gangguan bekalan air yang menjejaskan beberapa kawasan sekitar bandar raya ini dan Iskandar Puteri sejak Selasa lalu susulan berlaku kebocoran paip Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor telah pulih sepenuhnya.

Ketua Pegawai Operasi Ranhill SAJ, Khairul Effendy Tusam berkata, pihaknya akan terus menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Ini dilakukan dengan meneliti setiap aspek teknikal serta penjagaan berkala semua peralatan dalam sistem pemprosesan dan jajaran paip air di loji terbabit.

“Setiap data dikumpul akan diteliti bagi membolehkan prosedur sedia ada dikemas kini untuk mengelakkan insiden yang sama berulang pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Khairul Effendy, kebocoran yang berlaku di LRA itu merupakan kejadian luar jangka yang jarang berlaku.

Pada Selasa lalu, berlaku kerosakan pada pam utama LRA yang memproses air mentah Sungai Johor sehingga mengakibatkan agihan lebih 318 juta liter air terawat sehari bagi kawasan Johor Bahru dan Iskandar Puteri terputus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI