PENAMPILAN aktres yang juga bekas Ratu Cantik India Universe 2015, Urvashi Rautela sewaktu menghadiri acara karpet merah Festival Filem Cannes 2025 telah mendapat kritikan hebat.
Urvashi tambil menggayakan busana berwarna-warni yang sarat dengan sulaman manik rekaan Michael Cinco.
Dia juga dilihat membawa tas tangan unik berbentuk seekor burung kakak tua.
Dengan solekan tebal ditambah dengan gaya rambut serabai penampilan Urvashi disamakan seperti seekor burung dan ahli sihir.
Lebih parah apabila penampilan hari kedua Urvashi di festival tersebut turut dikritik kerana busana berwarna hitam yang dipakainya terkoyak di bahagian ketiak.