fbpx

Bapa kanak-kanak mangsa dera disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BALIK PULAU – Polis mendapat perintah lanjutan reman sehingga 29 Mei ini terhadap lelaki yang disyaki mendera anak perempuannya berusia 12 tahun di Sungai Ara, di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek yang diberkas pada Selasa lalu sebelum ini direman selama empat hari berakhir hari ini.

”Perintah reman ke atas lelaki berusia 47 tahun itu disambung lima hari lagi sehingga 29 Mei bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dilengkapkan,” katanya hari ini.

Menurut Sazalee, hasil siasatan setakat ini mendapati abang sulung mangsa berusia 15 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan atau menjadi mangsa penderaan.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk sama ada melibatkan isterinya yang turut direman sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.

Kosmo! kelmarin melaporkan polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan selepas dipercayai mendera anak mereka sehingga mengalami luka dan lebam di badan selain mengurung kanak-kanak itu dalam sangkar anjing. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI