fbpx

ASEAN: Semangat konstruktif ASEAN, GCC, China dorong hasil positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amran ketika ditemui pemberita di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

KUALLA LUMPUR – Semangat konstruktif daripada ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China dilihat menjadi pemangkin utama kepada kelancaran rundingan serta persiapan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan ASEAN-GCC-China yang bakal berlangsung pada Selasa depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin berkata, perkara itu dicapai menerusi tiga mesyuarat utama iaitu Mesyuarat Penyelarasan Pegawai Kanan Asean pada sebelah pagi, diikuti Mesyuarat Pegawai Kanan Asean-GCC serta Mesyuarat Pegawai Kanan Asean-GCC-China pada sebelah petang yang berlangsung semalam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Katanya, fokus utama ketiga-tiga mesyuarat ini adalah melibatkan dua aspek penting iaitu penyelarasan prosiding atau ‘order of proceedings’ bagi sidang kemuncak terbabit dan memuktamadkan dokumen hasil yang akan dikeluarkan selepas persidangan.

“Mengikut perancangan dan gerak kerja yang kita sedang lakukan adalah Sidang Kemuncak ASEAN-GCC akan keluarkan dua dokumen hasil dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China akan keluarkan satu dokumen hasil.

“Perinciannya boleh dilihat (kemudian) dalam kenyataan bersama dan deklarasi bersama bagi Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan kenyataan bersama bagi Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China,” katanya ketika ditemui pemberita di KLCC, di sini semalam.

Ketika ditanya mengenai kebimbangan atau isu yang timbul dalam rundingan, beliau menyatakan bahawa mesyuarat berjalan dalam suasana yang amat konstruktif.

“Semangat yang ditonjolkan oleh semua pihak tadi dalam kalangan ASEAN, GCC dan China mempunyai semangat konstruktif untuk mendapatkan hasil yang baik bagi kedua-dua sidang kemuncak itu nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI