JOHOR BAHRU – Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli kecewa selepas gagal mempertahankan jawatan yang disandang beliau.
Ahli Parlimen Pandan itu terpaksa akur apabila hanya meraih 3,866 undi berbanding lawannya, Nurul Izzah Anwar yang berjaya memperoleh sebanyak 9,803 undi.
“It’s ok, you should ask the (new) Timbalan Presiden,” katanya apabila diminta pemberita untuk memberikan maklum balas berhubung keputusan pada malam ini.
Rafizi bagaimanapun kelihatan sedikit jengkel apabila ditanya adakah beliau ‘okay’ dengan keputusan tersebut.
“What kind of question is that?,” balasnya.-KOSMO! ONLINE