JOHOR BAHRU – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fahmi Fadzil mendahului saingan bagi jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan parti itu bagi sesi 2025-2028 yang berlangsung hari ini.
Sumber parti itu memaklumkan Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berada pada kedudukan teratas diikuti Ketua Angkatan Muda Keadilan, Adam Adli Abdul Halim, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Chan Ming Kai, Ahli Dewan Undangan Negeri Sentosa, Dr. Gunaraj George dan Setiausaha PKR Perak, Mohd. Azlan Helmi.
Pemilihan peringkat Pusat PKR termasuk 20 jawatan dalam MPP bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa dilaporkan berkata, keputusan bagi MPP PKR akan diketahui paling awal pada pukul 9 malam ini. – KOSMO! ONLINE