fbpx

Rafizi kalah teruk, Nurul Izzah Timbalan Presiden baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Izzah Anwar pada sidang media sebaik memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR sempena Kongres Nasional Keadilan 2024/2025 di Pusat Konvesyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru disini. RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Ibrahim sah berjaya merampas jawatan kedua parti itu daripada penyandangnya, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Nurul Izzah meraih sebanyak 9,803 undi manakala lawannya, Rafizi pula memperoleh 3,866 undi.

Nurul Izzah menzahirkan penghargaan buat semua perwakilan dan rakan-rakan kerana memberikan kepercayaan yang tinggi kepada beliau untuk menyandang jawatan nombor dua parti tersebut.

“saya menginsafi bahawa tugas yang berat menanti bukan diri saya seorang, tapi seluruh pasukan, pimpinan yang baharu untuk mempersiapkan parti dan juga rakan-rakan dalam menghadapi PRU (Pilihan Raya Umum) ke-16.

“Saya menjangkakan dalam tempoh beberapa minggu ke depan, rakan-rakan mungkin akan mengambil sedikit masa untuk kembali ke kawasan masing-masing bertemu dengan anggota kaum.

“Kita akan memulakan gerak kerja untuk menyantuni bukan sahaja di peringkat cabang, tetapi di akar umbi kerana pesanan daripada Datuk Seri Presiden (Anwar Ibrahim) ialah kita perlu memastikan bahawa hubungan antara pimpinan Pusat dan anggota akar umbi itu sangat rapat.

“Kita faham kedudukan mereka serta membantu mereka dalam apa jua perkara yang mereka hadapi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pengumuman keputusan rasmi Pemilihan PKR Pusat di Pusat Kovensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI