fbpx

PM dijangka buang undi pilih MPP PKR tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri: Rafizi, Anwar dan Nurul Izzah.

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR dijangka hadir menunaikan tanggungjawab sempena Pemilihan PKR Peringkat Pusat yang telah bermula secara rasmi seawal pukul 8 pagi, hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Senator Dr. Fuziah Salleh dilaporkan berkata Kongres Nasional PKR yang mula berlangsung semalam, merupakan himpunan terbesar dalam sejarah sejak parti itu ditubuhkan pada 1999.

Pemilihan kali ini menyaksikan seramai 251 calon telah menawarkan diri bertanding dalam pemilihan PKR peringkat pusat bagi sesi 2025-2028.

Jumlah itu merangkumi 104 pencalonan bagi Majlis Pimpinan Pusat (MPP), 85 calon bagi Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan 62 bagi Majlis Pimpinan Wanita.

Pengundian fizikal bagi perwakilan yang hadir pada kongres itu akan berlangsung di Berjaya Waterfront Hotel dan Pusat Konvensyen Danga Bay, di sini, sementara Sabah dan Sarawak di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa di Penampang serta Pusat Konvensyen Penview di Kuching.

Kerusi Timbalan Presiden PKR merupakan kerusi panas dan dijangka mencuri tumpuan apabila menyaksikan pertembungan antara Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar.

Keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi penggal 2025-2028 dijangka diketahui seawal pukul 9 malam esok, sementara bagi MPP PKR (penggal sama) pula seawal pukul 9 malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI