fbpx

Penuntut cemerlang Henry Gurney nekad balas jasa ibu saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM (tengah) menunjukkan Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2024 yang diterimanya pada Majlis Apresiasi SISHG 2024 di SHG Telok Mas, Telok Mas, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – “Ibu dan bapa telah meninggal dunia ketika saya masih kecil dan telah dibesarkan oleh mak cik, jadi saya mahu balas jasa dia dengan peroleh keputusan cemerlang,”.

Demikian luahan seorang pelajar Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas, dikenali sebagai Adam, 19, yang menerima Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 bagi ketegori SHG.

Menurutnya, dia meletakkan matlamat untuk menjadi seorang peguam syarie kelak, sekali gus berharap dapat membalas jasa ibu saudaranya yang telah membesarkannya sejak kecil.

“Dulu susah nak belajar kerana ada masalah berkaitan kad pengenalan diri, jadi apabila SGH menawarkan akses pendidikan saya terus rebut peluang ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi Sekolah Integriti Sekolah Henry Gurney (SISHG) 2024, di sini.

Adam yang memperoleh keputusan cemerlang 6A memberitahu, antara cabaran yang terpaksa dihadapi sebelum ini adalah kesukaran mendapat pinjaman buku teks dan ibu saudaranya terpaksa membayar yuran sekolah yang tinggi.

“Saya tak ada kad pengenalan disebabkan lambat mendaftarkan kelahiran jadi segalanya menjadi susah. Sebelum ini pun saya tak dapat ambil peperiksaan SPM kerana bukan warganegara.

“Kini dengan bantuan beberapa pihak, saya dalam proses mendapatkan sijil kelahiran untuk urusan permohonan kad pengenalan,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu yang dimasukkan ke SHG pada 2022 atas kesalahan melakukan cabul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI