fbpx

PBAKL 2025: 1,172 reruai, lebih 21 negara terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Khair ketika berucap pada Majlis Pembuka Tirai PBAKL 2025 di WTCKL, hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN!

KUALA LUMPUR – Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 (PBAKL 2025) kembali dengan tema ‘Buku: Membaca, Memimpin’ bertempat di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), bermula semalam hingga 1 Jun 2025.

Pengerusi Pengelola PBAKL, Mohd Khair Ngadiron berkata, acara kali ke-42 ini menampilkan 1,172 reruai dengan penyertaan daripada lebih 21 negara termasuk anggota ASEAN.

Katanya, tahun ini PBAKL 2025 menyasarkan kehadiran 1.9 juta pengunjung berikutan peningkatan jumlah reruai lebih 200 berbanding tahun lalu.

“Ini menjadi bukti sambutan luar biasa daripada pempamer tempatan dan antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pembuka Tirai PBAKL 2025, di sini hari ini.

Menurut Mohd Khair, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan penyertaan reruai adalah pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada edisi lalu yang memperkenalkan baucar buku bernilai lebih RM400 juta.

Jelasnya, baucer ini memberi manfaat kepada pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti, sekali gus merangsang minat membaca serta pembelian buku.

“Kita terpaksa membina pavilion khas di tingkat empat, mendirikan ‘marquee tent’ dan membuka semua ruang WTCKL kepada pempamer untuk menampung permintaan reruai yang tinggi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI