fbpx

Mayat pemandu trak pikap hanyut dijumpai tersangkut di celah kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat menjumpai mayat mangsa yang tersangkut di celah kayu di Sungai Suma, Kuala Betis, Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Mayat pemandu trak pikap yang dihanyutkan arus deras Sungai Suma di Kuala Betis di sini pada Selasa lalu ditemukan selepas hampir 62 jam hilang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa, Chan Chong Cheng, 51, dijumpai pada pukul 10.20 pagi tadi dalam keadaan tersangkut di celahan kayu tumbang di Sungai Suma kira-kira enam kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.

Katanya, pasukan operasi termasuk anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang mengangkat mangsa ke daratan.

“Mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas trak pikap yang dipandu hanyut ketika meredah arus deras Sungai Suma dekat Kuala Betis di sini Selasa lalu.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa bersama dua penumpang warga Pakistan dan Bangladesh menaiki trak pikap jenis Toyota Prado dalam perjalanan ke Pos Bihai atas urusan kerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI