fbpx

Liga Europa: Amorim sedia lepas jawatan tanpa pampasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED melengkapkan musim paling buruk dalam sejarah mereka apabila tewas pada aksi final Liga Europa awal pagi semalam. - AFP

BILBAO – Pengendali Manchester United, Ruben Amorim sedia untuk meletakkan jawatan tanpa mengambil sebarang pampasan selepas gagal membantu pasukan menjulang trofi Liga Europa musim ini.

Amorim yang dilantik menjadi pengurus The Red Devils sejak November lepas gagal memastikan pasukan menamatkan kempen dengan cemerlang selepas tewas 0-1 kepada Tottenham Hotspur pada aksi final Liga Europa awal pagi semalam.

Kekalahan tersebut menyaksikan maruah United semakin tercalar kerana menduduki tangga ke-16 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sekali gus gagal beraksi di kejohanan Eropah musim depan.

Kata Amorim, perbincangan akan dibuat dengan ahli lembaga pengarah selepas ini mengenai masa depan yang terbaik buat pasukan.

“Jika pengurusan dan peminat rasa saya bukan jurulatih yang tepat, saya akan undur diri serta-merta. Namun, saya tidak akan berhenti atau mengubah apa yang saya lakukan kerana itu bukan falsafah sebaliknya percaya dengan kualiti saya,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan, Amorim mengakui pasukannya tidak berhak untuk tewas kerana beraksi dengan lebih baik berbanding Spurs sepanjang 90 minit dan hanya dibezakan dengan satu gol.

“Bukan mudah untuk menerima kekalahan terutama di pentas final. Jelas di atas padang kita adalah pasukan yang lebih baik tetapi gagal menjaringkan sebarang gol,” kata pengendali kelahiran Portugal itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI