fbpx

Liga A1: Perak FC, Kedah kena daftar minimum 20 pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perak FC tidak akan bersaing pada saingan Liga Super selepas tidak mendapat lesen kebangsaan. - Foto ihsan Facebook Perak FC

LIGA Bola Sepak Amatur (AFL) enggan beri layanan ‘VIP’ buat Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Perak FC jika mahu bersaing dalam saingan Liga A1 kerana dua pasukan masih perlu penuhi kriteria yang ditetapkan.

Presiden AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pengurusan Sang Kenari dan The Bos Gaurus wajib memenuhi kriteria asas  termasuk memiliki sekurang-kurangnya 20 pemain berdaftar sebelum dibenarkan bersaing dalam Liga A1.

“Tiada laluan mudah untuk mana-mana pasukan. KDA dan Perak perlu lengkapkan kriteria minimum seperti memiliki 20 pemain. Hanya selepas itu kita boleh pertimbangkan kemasukan mereka secara rasmi ke Liga A1,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Yusoff mengakui isu tunggakan gaji melibatkan kedua-dua pasukan tidak menjadi penghalang  asalkan komitmen kewangan dapat dipenuhi.

Kata Mohd. Yusoff, Liga A1 tidak memerlukan perbelanjaan yang besar seperti Liga Super sekali gus meringankan kantung kedua-dua pasukan.

“Masalah hutang yanh lepas bukan alasan. Kalau mereka mampu bayar dan urus pasukan dengan baik, tiada halangan untuk sertai Liga A1.

 “Liga A1 ini semi-pro, jadi bajetnya lebih rendah. Dengan RM3 hingga RM4 juta pun sudah cukup kerana kita mahu kelab-kelab bangkit secara berstruktur, bukan sekadar bertahan. Liga A1 adalah platform terbaik untuk itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI