fbpx

Lebih 750,000 jemaah haji tiba di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail jemaah haji melalui pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah. - Foto AFP

JEDDAH – Direktorat Besar Pasport (Jawazat) mengumumkan seramai 755,344 jemaah haji tiba di Arab Saudi melalui pintu masuk udara, darat dan laut kelmarin, lapor portal berita Saudi Gazette.

Menurutnya, seramai 725,297 jemaah tiba melalui lapangan terbang, lintasan darat (27,225) dan laut (2,822).

Jawazat menyatakan,  semua sumber telah digerakkan bagi memudahkan prosedur ketibaan jemaah haji.

Pihaknya menempatkan kakitangan berkelayakan yang boleh bertutur dalam berbilang bahasa dan peralatan teknikal canggih di semua pintu masuk antarabangsa untuk memastikan pemprosesan jemaah haji berjalan lancar serta cekap.

Tahun ini, Penjaga Dua Masjid Suci yang juga Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud akan menaja 1,000 jemaah daripada  keluarga syuhada, banduan, dan mereka yang  cedera dalam kalangan rakyat Palestin untuk menunaikan haji. 

Ini adalah sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah, dan Lawatan yang dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Seruan dan Bimbingan.

Timbalan Emir Mekah, Putera Saud bin Mishaal membuat lawatan pemeriksaan menyeluruh pada Selasa lalu untuk menilai kesediaan operasi haji.

Menteri Haji, Tawfiq Al-Rabiah turut meninjau beberapa projek baharu yang dilaksanakan Syarikat Pembangunan Kidana bagi menambah baik dan membangunkan persekitaran di tapak suci itu. 

Ini termasuk hospital kecemasan baharu di Mina dengan kapasiti 200 katil, 71 pusat kecemasan di sepanjang laluan pejalan kaki dan meneduhkan dan menyejukkan kawasan sekitar Masjid Namirah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI