fbpx

JDT, Hector Bidoglio akhirnya ‘bercerai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hector Bidoglio telah membantu JDT menjulang quadruple pada saingan Liga Malaysia musim lalu. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

TEKA-teki mengenai masa depan Hector Bidoglio selaku pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya terjawab selepas dilepaskan oleh pihak pengurusan secara rasmi pada hari ini.

Menerusi kenyataan di laman Johor Southern Tigers, JDT mengucapkan penghargaan kepada Bidoglio yang berjaya membantu pasukan menjulang gelaran quadruple musim lalu.

“Sejak menyertai keluarga besar JDT pada 2022, Hector Bidoglio menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi dan memberikan sumbangan cemerlang demi memastikan pasukan terus berada di puncak kejayaan,” katanya.

Pengendali kelahiran Argentina itu memulakan tugasnya sebagai ketua jurulatih JDT pada pertengahan musim 2022 sebelum dilantik ke jawatan pengarah teknikal pada tahun berikutnya.

Sepanjang tempoh berkhidmat, Bidoglio berjaya membimbing JDT memenangi tujuh trofi utama, termasuk dua kejuaraan Liga Super Malaysia, dua Piala FA, dua Piala Malaysia dan satu Piala Sumbangsih.

Pihak pengurusan JDT turut mengesahkan bakal melantik pengganti Bidoglio dengan pengumuman rasmi akan dilakukan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI