NEW DELHI – Satu rakaman video menunjukkan seorang wanita memukul suaminya dengan selipar ketika mereka menaiki motosikal menjadi tular di media sosial, lapor laman berita India Today semalam.
Menurut akaun ‘Ghar Ke Kalesh’ di platform X, kejadian itu berlaku di bandar Lucknow dalam negeri Uttar Pradesh.
Bagaimanapun, India Today tidak dapat mengesahkan kesahihan tarikh dan lokasi video itu.
Rakaman menunjukkan lelaki itu menunggang motosikal, manakala isterinya membonceng.
Tiba-tiba, wanita tersebut menarik selipar yang dipakai dan mula memukul si suami.
Lelaki itu, bagaimanapun, kekal tenang, malah mengelak daripada menoleh atau bertindak balas terhadap pukulan itu.
Dia terus mengemudi motosikal seolah-olah tiada ada apa yang berlaku. – AGENSI