fbpx

Impak PuTERA35 belum dirasai masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan tetamu yang hadir selepas Majlis Sesi Permukiman Setahun Selepas Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) di PICC, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpandangan impak yang dijanjikan daripada Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) masih belum dirasai oleh masyarakat.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu turut mempersoalkan sama ada agenda daripada pelan berkenaan telah benar-benar digarap.

“PuTERA35 yang dihasilkan tidak boleh hanya menjadi hiasan dalam fail kabinet, tuan-tuan puan-puan. Ia adalah komitmen nasional untuk memperkukuh penyertaan, pemilikan dan penguasaan ekonomi oleh bumiputera.

“Tetapi jika komitmen ini tidak diterjemahkan kepada tindakan, maka kita hanya membazir masa dan membazir kepercayaan rakyat,” katanya ketika berucap sempena Sesi Permukiman Setahun Selepas Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

PuTERA35 yang dilancarkan pada 19 Ogos 2024 adalah satu kerangka tindakan holistik untuk memperkukuh ekonomi bumiputera dalam tempoh 10 tahun akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI