fbpx

EPL: Chelsea dedah tanda harga Fernandez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDEZ dilapor sudah mula mencari kediaman baharu di Madrid apabila dikait dengan perpindahan keluar dari Stamford Bridge. - AFP

MADRID – Chelsea mungkin berdepan jendela perpindahan musim panas paling perit apabila tonggak tengah, Enzo Fernandez dikatakan bersedia meninggalkan Stamford Bridge untuk menyertai Real Madrid.

Selepas mengharungi musim cukup mengecewakan, Real mahu melakukan rombakan besar-besaran dengan jurulatih baharu, Xabi Alonso akan mengambil alih pasukan itu menggantikan Carlo Ancelotti.

Meskipun sudah memiliki lambakan pemain di posisi tengah, namun nama Fernandez masih disebut-sebut untuk menyertai Los Blancos apabila Alonso dikatakan meminta pihak pengurusan mendapatkan khidmat pemain Argentina itu.

Khabar angin itu bertiup semakin kencang apabila Fernandez sudah mula mencari rumah di sekitar Madrid, Sepanyol dengan bantuan rakan sepasukan Argentina, Julian Alvarez yang beraksi bersama Atletico Madrid.

Pada masa sama, bekas pemain Benfica difahamkan sudah pun menyatakan persetujuan secara lisan untuk menyarung jersi juara Eropah 15 kali itu, namun apa yang pasti, Chelsea tidak akan melepaskannya dengan mudah.

The Blues dikatakan sedia untuk membuka meja rundingan bersama Real sekiranya pasukan gergasi La Liga itu memulakan bidaan dengan nilai £102 juta (RM583.46 juta) kerana Chelsea enggan menanggung rugi.

Bagaimanapun, Real masih berpeluang untuk merealisasikan perpindahan itu sekiranya memasukkan pemain sayap, Rodrygo dalam rundingan tersebut memandangkan Chelsea sudah lama berminat mendapatkannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI