fbpx

Dua kru kapal tongkang maut terjatuh dalam lubang sempit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba mengeluarkan kedua-dua mangsa sebelum disahkan meninggal dunia.

SIBU – Dua kru sebuah kapal tongkang meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam ruangan sempit di dalam kapal berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 9.21 pagi tadi dan segera menggerakkan pasukan dari BBP Sibu Central ke lokasi yang terletak di Lorong Lanang 61, di sini.

“Kedua-dua mangsa terperangkap di dalam lubang berisi air yang berdiameter satu kaki dan kedalaman 12 kaki. Pasukan bomba kemudian berjaya menaikkan kedua-dua mangsa dengan menggunakan tali,” katanya dalam kenyataan.

Katanya kedua-dua lelaki berusia 48 dan 55 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI