JAKARTA – Penduduk di wilayah Jawa Barat menerima pujian orang ramai kerana membantu mengutip berpuluh-puluh kotak berisi mi segera yang bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori terbalik akibat kemalangan, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di daerah Rajapolah, Tasikmalaya pada 9 Mei lalu.
Rakaman kejadian dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @sapos.co.id menunjukkan orang ramai berpusu-pusu memindahkan berpuluh-puluh kotak berisi Indomie ke tepi jalan.
Mereka membantu pemandu lori tersebut tanpa diarah dan bukan mencuri.
Rakaman itu mencatatkan lebih 19,100 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Ini bukan orang Indonesia!” kata seorang netizen.
“Manusia yang tahu bahawa memakan hak orang lain adalah berdosa dan sempitkan rezeki,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI