fbpx

Bapa, abang Son Heung-min digantung tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN

SEOUL – Bapa dan abang kepada kapten Tottenham Hotspur, Son Heung-min digantung tugas sebagai jurulatih di Korea Selatan selepas didapati bersalah melakukan kes penderaan kanak-kanak yang melibatkan pemain remaja di akademi mereka.

Persatuan Bola Sepak Gangwon (GFA) mengesahkan bahawa Son Woong-jung, bapa kepada penyerang Spurs serta pengarah Akademi Bola Sepak SON telah dikenakan penggantungan selama tiga bulan.

Sementara itu, abang kepada bintang Spurs, Son Heung-yun, juga jurulatih di akademi bapanya, dikenakan penggantungan selama enam bulan sebagai tindakan tatatertib paling rendah bagi kesalahan keganasan yang dilakukan oleh jurulatih.

Jawatankuasa menetapkan bahawa penderaan lisan oleh Woong-jung dan penderaan fizikal oleh dua individu lain berlaku secara spontan tanpa sebarang perancangan.

Kedua-dua pihak pembelaan telah melakukan permohonan agar hukuman tersebut dikaji semula, namun peguam yang mewakili remaja mangsa penderaan menjelaskan bahawa penderaan itu berlaku secara berulang.

Terdahulu, salah satu insiden yang dilaporkan membabitkan Heung-yun yang didakwa telah memukul pemain berkenaan dengan baton semasa sesi latihan pada Mac 2024 menyebabkan kecederaan yang memerlukan rawatan perubatan selama dua minggu.

Susulan kejadian itu, Woong-jung tampil membuat permohonan maaf terbuka kepada mangsa dan keluarganya, namun menolak beberapa tuduhan yang dikemukakan.

Sebelm ini, tiga peugas dari Akademi Bola Sepak SON telah didenda sebanyak 3 juta won (RM9,270.20) setiap seorang oleh Mahkamah Daerah Chuncheon pada bulan Oktober kerana melanggar peruntukan berkaitan penderaan kanak-kanak di bawah Akta Kebajikan Kanak-Kanak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI