fbpx
KHAIRUL AIMAN bercakap kepada wartawan selepas memfailkan kes pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam. SADDAM YUSOFF

Adakah ini gimik? tanya Siti Jamumall – Aiman Tak Kesah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kontroversi rumah tangga pasangan pempengaruh, Aiman Tak Kesah dan Siti Jamumall kini beralih ke fasa baharu apabila kes lafaz cerai mereka yang sebelum ini tular di media sosial telah dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam untuk disahkan.

Menurut Aiman atau nama sebenarnya, Khairul Aiman Abdul Kudus, 26, dia terpaksa mengambil masa untuk memfailkan tuntutan pengesahan lafaz cerai ke atas isterinya, Siti Suriani Wahiddin, 26, kerana perlu mencari dana untuk melantik peguam.

“Saya tidak mahu perkara ini menjadi lebih keruh dan mengeluarkan kenyataan yang merumitkan lagi keadaan dengan Siti.

“Sama ada rujuk atau tidak, kita tengok keadaan dan tunggu apa yang diputuskan oleh mahkamah nanti,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Terdahulu, Mahkamah ­Rendah Syariah di sini, semalam, menetapkan 21 Julai ini bagi se­butan kes tuntutan berkaitan lafaz cerai yang tular pada 15 Mei lalu.

Aiman berkata, dia sudah seminggu tidak menemui Siti Suriani sejak insiden berkenaan.

“Satu atau dua hari lalu kami ada berbual singkat kerana saya mahu membawanya ke klinik.

“Sejak seminggu ini, saya tinggal di tempat lain dan mela­kukan kerja saya,” katanya ketiak ditemui di luar pekarangan mahkamah.

Ditanya sama ada tindakan melafazkan cerai itu sebagai taktik marketing (pemasaran), beliau berkata ia perlu ditanya kepada Siti Suriani yang turut dikenali sebagai Siti Jamumall.

“Pada waktu itu, saya penat dan baru pulang bekerja. Saya akui agak tertekan.

“Adakah saya dijadikan sebagai gimik atau tidak, itu perlu ditanya kepada Siti kerana dia yang membuat siaran ‘live’ ber­kenaan,” katanya.

Menurutnya lagi, dia tetap bersyukur kerana ujian air ken­cing ke atasnya didapati negatif dadah.

“Saya membuat ujian itu di klinik bagi mengelak persepsi buruk pelbagai pihak mengenai diri saya.

AIMAN dan Siti Suriani pada majlis resepsi perkahwinan mereka di Magica Monterez Hall, Shah Alam pada September tahun lalu.

“Tujuan saya mahu mempertahankan diri dan keputusan lima jenis dadah ke atas saya didapati negatif,” katanya

Sementara itu, peguam syarie Mohd. Noor Aizan Md. Idros yang mewakili Aiman berkata, tuntutan pengesahan lafaz cerai anak guamnya semalam dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Katanya, tuntutan itu difailkan berdasarkan lafaz cerai anak guamnya ke atas Siti Jamumall yang tular di media sosial pada 15 Mei lalu.

“Ini adalah hari ketujuh daripada tarikh lafaz itu dan undang- undang menetapkan bahawa si suami perlu mendaftarkan kes pengesahan cerai dalam tempoh seminggu.

“Mahkamah telah menerima pendaftaran itu dan menetapkan 21 Julai bagi sebutan pertama kes ini,” katanya.

Tambah beliau, kes itu dianggap biasa kerana tiada unsur ketidakwarasan atau dadah atas tindakan berkenaan.

“Dia ‘bersih’ dan waras ketika melafazkan cerai berkenaan. Namun, cuma ketika itu berlaku ke­tegangan antara suami isteri dan ia perkara biasa,” katanya.

Menurut Mohd. Noor Aizan, pihaknya mengemukakan dokumen mengandungi 16 perenggan pernyataan bagi tuntutan itu.

“Lafaz cerai itu berlaku secara berulang iaitu sebanyak empat kali. Jadi, kita serah kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada lafaz itu jatuh atau sebaliknya. Jika jatuh, berapakah jumlah talak kepada Siti,” kata­nya.

Media sebelum ini melaporkan pasangan itu bercerai buat kali kedua selepas lafaz talak dibuat secara langsung menerusi siaran TikTok di akaun hingga menjadi tular di media sosial.

Pada 6 Mei lalu, pasangan itu pernah bercerai dan hadir ke mahkamah sama, namun memutuskan kembali rujuk dalam tempoh kurang 24 jam selepas pengesahan lafaz cerai dibuat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN