fbpx

Warga emas maut jatuh perigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi seorang warga emas maut selepas terjatuh ke dalam perigi di belakang sebuah rumah di Kampung Lumpur, Alor Pasir dekat Pasir Mas hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

PASIR MAS – Seorang wanita warga emas maut selepas terjatuh ke dalam perigi di belakang sebuah rumah di Kampung Lumpur, Alor Pasir di sini hari ini.

Mangsa, Hasmah Husin, 79, dikeluarkan oleh penduduk dari perigi itu sebelum menghubungi pihak bomba.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu, Mohd. Zain Abu Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 12.35 tengah hari sebelum enam anggota dengan sebuah jentera dari BBP Wakaf Bharu dan BBP Pasir Mas ke lokasi kejadian.

“Mangsa didapati sudah dikeluarkan sebaik anggota bomba tiba. Pemeriksaan oleh pihak kesihatan mendapati mangsa sudah meninggal dunia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI