fbpx

[VIDEO] Ramai puji Rodtang urut kaki isteri depan juruwang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan Rodtang mengurut kaki isterinya di hadapan kaunter pembayaran.

PETALING JAYA – Tindakan romantik jaguh Muay Thai dari Thailand, Rodtang Jitmuangnon yang sanggup melutut dan mengurut kaki isterinya di hadapan kaunter pembayaran mencuri perhatian ramai di media sosial.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Rodtang dilihat tidak segan untuk membantu isterinya, Aida Looksaikongdin, yang dipercayai mengalami kekejangan kaki selepas berjalan lama di sebuah pusat beli-belah.

Perkara itu menyentuh hati netizen yang rata-ratanya memuji sikap penyayang dan prihatin Rodtang terhadap isterinya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dan terinspirasi dengan hubungan pasangan tersebut.

“Hormat Rodtang, suami yang baik” komen @Marbawiadamy01.

“Betapa romantiknya Rodtang… Betul-betul sayangkan isteri,” kata @Bob_warly.

“Rodtang, awak benar-benar cintakan isteri. Awak urut kaki isteri awak. Hebat!,” komen @Dysazotkdyzv.

Sebelum ini, Rodtang tular apabila berniat menghadiahkan isterinya yang sedang hamil sebanyak 1 juta baht (RM129,903) sekiranya melahirkan anak lelaki. – KOSMO! ONLINE

@user6172255754934เดินเยอะตะคริวกินขาอัยดา

♬ เสียงต้นฉบับ – ดีบ้าง ไม่ดีบ้าง

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI