fbpx

Selera putus angkara nasi lemak basi, berlendir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan nasi lemak yang telah basi dibeli di sebuah pasar malam.

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila nasi lemak yang dibelinya di pasar malam telah basi serta berlendir.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @Zue.cty, wanita berkenaan berkongsi pengalamannya membeli makanan di pasar malam, tetapi tidak dapat menikmatinya kerana nasi itu sudah basi.

“Patut ke peniaga buat macam ini? Anak saya cuma dapat makan ayam sahaja sebab nasi yang dibeli sudah basi. Sepatutnya peniaga periksa dulu makanan sebelum jual, apabila buka dah jadi macam ini,” katanya.

Kisah itu turut mengundang kemarahan orang ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap peniaga terbabit yang disifatkan sebagai satu penganiayaan kepada pembeli.

“Nak berniaga janganlah macam ini susahkan diri dan orang lain, tidak pasal-pasal orang lain masuk hospital sebab keracunan makanan,” kata @Ukhty_is.

“Ini bukan basi lagi. Ini memang nak aniaya orang. Tidak berkatlah peniaga macam ini,” kata @Epieloxc.

“Peniaga itu nanti sembang salahkan kedai sebelah hantar santau sampai nasi dia basi,” kata @Emer.chant. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI