fbpx

Ramai tak sabar nak ‘battle’ tiket konsert Inteam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inteam bakal mengadakan konsert pada September depan di Zepp Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Sejak mengumumkan bakal mengadakan Konsert Kasih Kekasih Inteam, peminat kumpulan nasyid tersebut mula melahirkan rasa teruja sehingga mengakui bersedia ‘berperang’ untuk merebut peluang membeli tiket yang akan mula dijual pada pukul 3 petang ini.

Bakal diadakan di Zepp KL pada 27 September depan, persembahan tersebut dilihat antara acara dinanti-nanti pencinta muzik nasyid.

Lebih lucu, ramai netizen mula berlatih dan gigih menghafal semula lagu-lagu milik kumpulan yang dianggotai empat jejaka iaitu Mohd. Syahril Abdul Khalid, Muhammad Hazamin Harun, Hisyam Ahmad dan Abdul Rahim Osman itu.

Paling mencuit hati apabila ada yang memberi cadangan mahu membawa kayu sugi bagi menggantikan ‘lightstick’ pada konsert tersebut itu nanti.

“Mari semua kita bawa kayu sugi. Mohon Inteam jual ‘lightstick’ berbentuk kayu sugi.

“Tak sabar nak ‘battle’ beli tiket kemudian kena fikir nak oakai baju Melayu atau jubah.

“Tolonglah buat dua hari, tak cukup sehari! Gen Z please beri peluang kepada generasi milenial berhibur lagu nasyid,” seloroh netizen.

Difahamkan, konsert tersebut juga diadakan bersempena penubuhan 25 tahun kumpulan yang popular dengan lagu Kasih Kekasih dan Nur Kasih.

Harga tiket yang dijual bermula RM100 sehingga RM258 mengikut segmen berbeza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI