fbpx

Percayalah, saya akan lawan hingga hujung – Nurul Izzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL IZZAH berucap sempena Grand Finale Bersama Membina Parti Kita di Hotel KSL, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar meminta mana-mana pihak yang tewas atau tidak bertanding untuk menjadi pengikut demi kesejahteraan parti, bukannya memecahbelahkan perpaduan dalaman.

Menurut Nurul Izzah, beliau sendiri tidak mempunyai masalah untuk menjadi seorang pengikut kepada kepimpinan sedia ada apabila tewas dan tidak bertanding dalam pemilihan parti.

“Saya sudah beri peluang sepenuhnya sebagai pengikut, saya tidak bertanding pada pemilihan lepas. Jadi saya harapkan semangat sama apabila tiba giliran saya (menjadi pemimpin).

“Kita perlu terus bekerja bersama, jangan terlalu berkira siapa di atas. Apa salahnya jika ambil positif sebarang keputusan yang dicapai bersama,” katanya ketika berucap pada majlis Grand Finale: Bersama Membina Parti Kita di sini hari ini.

Jelas bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, seorang ahli parti perlu ikhlas apabila menjadi pengikut, namun bukannya taat secara membuta tuli.

“Lihat rekod dan prestasi saya, saya bertanding empat kali di kawasan majoriti Melayu, Alhamdulillah saya menang tiga kali. Saya mungkin memilih berdiam diri dan tidak banyak bersuara tetapi percayalah saya akan lawan hingga hujung.

“Melihat keadaan kita ketika ini, percayalah musuh sebenar sedang bersorak, jadi walaupun ada rasa untuk menjawab (dakwaan pihak lain), tetapi kita perlu bertahan.

“Rafizi (Datuk Seri Rafizi Ramli) sahabat saya, dulu sekarang dan sampai bila-bila, mungkin pendekatan kami berbeza tetapi untuk menjadi pemimpin kita perlu atasi ego sendiri. Itu cabaran buat saya juga,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI