fbpx

[VIDEO] Wanita direman lima hari kes simbah asid pemilik spa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa suspek (tengah) untuk prosiding reman di Mahkamah Majistret Bachok hari ini.

BACHOK – Seorang pekerja kilang getah direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes simbah asid sehingga menyebabkan pemilik spa parah dalam kejadian di Beris Kubur Besar di sini Sabtu lalu.

Perintah reman ke atas wanita berusia 38 tahun yang bermula hari ini sehingga Isnin depan itu dibenarkan Majistret Mohd. Fauzan Mohd. Suhairi.

Permohonan reman itu dibuat bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Terdahulu, suspek yang memakai tudung, baju berwarna biru gelap dan seluar sukan tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9.20 pagi dengan menaiki kereta polis.

Kosmo! Online hari ini melaporkan seorang wanita ditahan selepas disyaki terlibat kes menyimbah asid ke atas pemilik spa sehingga parah di Beris Kubur Besar hujung minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin berkata, suspek yang bekerja di kilang getah ditahan di sebuah rumah di Kuala Krai pukul 4 petang semalam.

Tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan.

“Kita syak wanita itu merupakan seorang daripada suspek yang terlibat. Kita sedang kesan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI