fbpx

Nikmati pengalaman minum teh secara eksklusif di Shangri-La Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Set minuman teh dengan pelbagai menu bersaiz mini untuk pelanggan di Shangri-La KL.

PETALING JAYA – Bersempena sambutan ulang tahun ke-40 Shangri-La Kuala Lumpur (KL), pihak hotel tersebut menawarkan satu pengalaman berharga dan unik khususnya kepada peminat yang suka menikmati jamuan teh secara eksklusif di hotel.

Sesi Afternoon Tea secara eksklusif di Lobby Lounge hotel berkenaan akan berlangsung sehingga 30 Jun ini hasil kerjasama pihak hotel dengan London Tea Exchange iaitu satu kerjasama yang pertama dilaksanakan di Asia Tenggara dengan menggabungkan dua nama utama di dunia.

Pengurus Besar Shangri-La KL, Daniel Kaeflein berkata, pihak hotel berbangga untuk menyambut program julung-julung kali ini dan ditawarkan secara eksklusif kepada pelanggan melalui ritual abadi yang melambangkan keramahan Shangri-La yang mesra dan juga meninggalkan pengalaman yang tidak akan dilupakan.

“Kerjasama yang terjalin dengan  London Tea Exchange menggabungkan elemen warisan terbaik, rasa dan juga kecanggihan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Sesi Afternoon Tea di hotel ini adalah daripada idea kreativiti dan ilham Cef Eksekutif,  Scott Brands dan beliau berpendapat bahawa ia adalah satu inspirasi mewah dalam kulinari Shangri-La yang mana ia bukan sahaja menyajikan makanan dan minuman tetapi wujudnya cerita dan pengalaman menarik disebalik pengalaman tersebut.

Selain menikmati hidangan air teh, pengunjung juga ditawarkan menu menarik seperti set Rillettes of Fresh dan Smoked Salmon Sandwich,  Lapsang Souchong, Truffle Egg Salad dan Trout Caviar éclair,  Classic Sultana dan Vanilla Scones yang dipadankan dengan beberapa perisa teh yang pelbagai bersesuaian dengan cita rasa pelanggan

Set Afternoon Tea itu ditawarkan pada harga RM220 untuk dua orang .

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI