fbpx

‘Magneto’ Iran lekat 96 sudu atas badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abolfazl memecah rekod yang sama untuk kali ketiga. - Guinness World Records

TEHRAN –  Seorang lelaki Iran memecahkan  Guinness World Records untuk kali ketiga selepas mengimbangi  96 batang sudu pada tubuhnya, lapor agensi berita United Press International semalam.

Abolfazl Saber Mokhtari, 54, memecahkan rekod kategori sudu paling banyak diimbang di atas badan pada 2021 dengan catatan 85 batang sudu.

Pada 2023, dia memecahkan rekod tersebut menerusi 88 sudu dan kini, Abolfazl meningkatkan jumlah objek tersebut menjadi 96.

Menurut Abolfazl, dia mula ‘melekatkan’ objek pada badannya sejak dari kecil kali.

“Apa-apa sahaja objek yang mempunyai permukaan, ia boleh melekat pada badan saya. Antaranya adalah plastik, kaca, buah, batu, kayu dan manusia dewasa.

“Selepas beberapa tahun berlatih dan berusaha, saya dapat mengukuhkan bakat ini  dan mengembangkannya ke tahap sekarang,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI