fbpx

‘Lelaki muda macam budak, suka yang tua, botak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERASAKAN lelaki muda bersikap seperti budak, Leona mengakui lebih tertarik dengan lelaki berusia, jika botal pun tiada masalah.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Leona mengakui meminati lelaki lebih berusia berbanding yang sebaya dengannya ketika ini.

Menurut pemilik nama Kasih Iris Leona Azhar, 23, perkara tersebut mungkin disebabkan dia merasakan lelaki muda tidak matang.

“Kalian tolong beritahu, kenapa saya suka jenis lelaki yang berusia dan botak.

“Bila saya tengok lelaki muda, saya tidak tertarik kepada mereka.

“Saya berfikiran mereka hanyalah kanak-kanak,” katanya dalam sebuah video TikTok baru-baru ini.

Dia yang mengakui melalui satu malam yang ‘gila’ itu bagaimanapun enggan berkongsi secara terperinci pengalamannya dan masih dalam keadaan terkejut.

Dalam hantaran berbeza, dia mendedahkab dinasihatkan oleh ibunya, Chempaka tentang bahaya berkenalan dengan individu tidak dikenali.

“Bila ibu saya memberi amaran tentang bahaya ‘stranger’, tapi saya tak mengalaminya.

“Maaf ibu, saya sumpah saya selamat,” katanya lagi.

Tidak dikecam, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu sebaliknya menerima ratusan komen netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pendakat tersebut bahkan berkongsi pengalaman mereka menjalin hubungan dengan lelaki lebih berusia.

“Tak salah pun minat lelaki tua Leona, mereka lebih matang, cuma botak memang tak dapat diselamatkan.

“Awak tak keseorangan Leona. Saya pun minat lelaki lebih tua!” komen netizen.

Sebelum ini, diqa pernah melahirkan rasa kecewa dan menyifatkan beberapa lelaki yang pernah berjanji temu (dating) dengannya sebagai sampah.

Leona juga mengakui perkara tersebut mula membuatkan dirinya bimbang sekiranya tidak bertemu dengan lelaki yang diidam-idamkan sebagai suami. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI