fbpx

KPKT serah dokumen MyKiosk kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Fadzil (dua dari kanan) bersama pegawai KPKT meninggalkan Ibu Pejabat SPRM selepas menyerahkan dokumen berkaitan MyKiosk

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyerahkan dokumen berkaitan Projek MyKiosk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Dokumen itu diserahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd. Fadzli Mohd. Kenali.

KPKT menerusi kenyataan berkata, pihaknya tampil secara sukarela memberikan kerjasama sepenuhnya dengan menyerahkan dokumen-dokumen berkenaan inisiatif MyKiosk, meskipun belum menerima sebarang permintaan daripada pihak SPRM.

Menurutnya, langkah proaktif itu sebagai tanda komitmen kementerian dalam memastikan ketelusan dan integriti projek tersebut.

“Langkah ini diambil berikutan aduan yang telah dibuat oleh pihak tertentu tentang dakwaan berlaku penyelewengan dalam pelaksanaan projek MyKiosk. Ini membuktikan komitmen tinggi KPKT dalam memperkukuhkan sistem pengurusan serta mematuhi prinsip tadbir urus yang baik,” katanya . – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI