fbpx

Kerajaan perkukuh ekosistem AI, digitalisasi negara- Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) ketika gimik pada Majlis Perasmian MaiStrogae Technology Sdn Bhd di Hotel Le Meridien, Putrajaya di sini, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan terus komited memperkukuh ekosistem kecerdasan buatan (AI) dan digitalisasi negara, sekali gus memposisikan negara sebagai pemacu utama pertumbuhan digital serantau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia kini diiktiraf sebagai antara negara yang mempunyai dasar jelas serta kestabilan politik yang menjadi asas kepada pelaburan dan kemajuan digital.

“Negara jiran juga boleh berkongsi serta menyokong usaha ini kerana kita mahu ASEAN, bukan Malaysia sahaja, menjadi hab digital yang lebih kompetitif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan syarikat penyedia teknologi reka bentuk litar bersepadu (IC), MaiStorage Technology di sini hari ini.

MaiStorage merupakan sebagagian daripada Phison Group, pembekal pengawal NAND flash dan penyelesaian storan diasaskan oleh Datuk Pua Khein Seng yang memberi fokus kepada pusat data, aplikasi AI dan industri automotif di Malaysia.

Menurut Anwar, AI dan inovasi digital juga akan menjadi fokus utama dalam pertemuan beliau dengan pemimpin ASEAN, negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China.

Jelas beliau, sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia memberi tumpuan kepada transformasi digital selain peralihan tenaga, dengan penekanan terhadap kerjasama rentas sempadan dan penyediaan infrastruktur untuk menyokong ekosistem digital serantau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI